13 May 2013

Dimanakah Ainie?



Sejak ainie praktikal kat sini, ainie rasa macam bukan diri ainie jer... Yewlah dah jadi macam orang lain je... senyap jer... tak bercakap sangat. Bercakap pun dgn kawan ainie je. YASOTHAA... die bukan orang jepun. nama je bunyi cam jepun. walaupun berlainan bangsa dan agama. tapi die baik dan jujur dengan saya. tak perlu nk selindung-selindung bagai. Kadang-kadang kitaorang ni gila jugak. Tapi masalahnya kitaorg ni just buat hal sendiri je. Kami berdua je yang tau apa yang kami buat. Dan sedaya upaya mengelak dari dihidu dari boss. Hahahaha... Bila boss lalu jer terus control ayu and macho. Buat-buat busy. Macamlah korang tak pernah buat macam tu kan? Sejak dari bangku sekolah lagi dah praktik benda ni kan? Bila cikgu pandang je, buat-buat baca buku. Kan Kan kan??? Kah Kah Kah...


So, itulah yang saya buat sepanjang saya praktikal kat sini. Tapi, kadang-kadang, saya busy jugak. Pernah la kerja sampai hampir 12 jam dalam office, tak sempat makan. dan sebagainya. hahahaha... Tapi saya tak kisah, sebab dari tak ada kerja lagi ar bosan tahap nak terjun dari bangunan tingkat 71 ni. hahahaha... Bila busy, saya akan buat yang terbaik, coz masa tulah kita diberikan tugas untuk kita laksanakan sebagai pekerja/intern. huhuhu...


Walaupun macam ni, saya tetap bersyukur diberi peluang untuk praktikal kat PETRONAS ni. Alhamdulillah...


Lagi satu, dulu masa kat UUM, ainie ni kuat jugak bergaya. Tapi sejak saya praktikal ni, pakai redah je baju apa, lagi sikit nk gosok baju, lagi ar saya suka. hahahaha. (punyalah pemalas kan?) Bedak pun tak pakai. percaya tak???? hahahaha. Ada sebab kenapa saya malas nak bermakeup ni, Coz senang nak solat. betul tak? Sapa setuju angkat tangan!!!!!! Anyway, kepada sesiapa yang baca ni, terima kasihla, coz saya jarang membebel tak tentu hala macam ni. hahahaha.


Ni saya selitkan sikit gambar department kitaorg buat "SPRING CLEANING DAYS". Siap ada pot luck lagi. Makan sampai 3 hingga 4 round. hahahahha....


Mereka adalah orang-orang besar petronas tau. hebat tau mereka-mereka ni. nak bercakap pun takut dengan diorang. tapi diorang ni low profile jer. bagus kan? Saya salute ar kat diorg ni. dan saya tanamkan azam dalam hati, satu hari nanti saya akan jadi macam diorang ni. InsyaAllah... amin...


Ni, pulak sebahagian dari intern department kami. dari kiri Diyana, Husna, Fiza, Pompuankuatmakan dan Yaso. Belakang Pompuankuatmakan tu pulak nama die Syanazz, bukan Syanaz penyanyi tu yer, tak ada kaitan langsung dengan die, Coz die ni dari Indonesia tau. Sangat comel kalau jumpa face to face. Kecik je orangnya... Semua pun baik-baik. Serius ni!!!


Alamak, Kak JJ terpejam mata pulak. Aku tak taulah kenapa akak-akak kat department kami ni semuanya cun-cun dan muka ada iras-iras cina. Tak paham betul. Ramai lagi saya tak upload tau. Mesti korang pelik nanti. tapi ni semua Melayu ok. Dari kiri, Kak Fatin, Kak JJ, Kak Julie dan My Beautiful Boss.. Puan Adoni.


Ni pulak barisan para New Executives... Wow!!! cun-cun bukan? dari kiri ialah Atiqah, Fatin, takingatnama dan Timmy. Timmy tu pernah berlakon dalam cerita Rock Ooo... huhuhu..


Terimalah GWIYOMI dari kami bertiga... ha ha ha....


Sekian sahaja untuk entry kali ini, Semoga berjumpa lagi... :-)

1 comment:

  1. Assalam.awak praktikal kt dept apa ye?untuk bln july ni kosong lg x?mcmana nk apply ye?

    ReplyDelete